About Me

My photo
How can i leave my best life, one and the only 💕 ... Check my blog out n my gallery at instagram/farikhaakhbar ... 🌹

Sunday 23 December 2012

Rahsia amalan wanita solehah :') istiqamahlah wahai hati ini....

*saya terbaca entri ini, dan entri ini membuat saya ingin menangis, izinkan saya ya Allah untuk terus istiqamah, dan lembutkan lah hati saya dan semua para muslimat di dunia ini, Amiiin Allahumma Amiin :')

 1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

Thursday 6 December 2012

Apa maksud pOkok bagi kita?


POKOK ???
setiap hari aku melihatnya
kehidupanku dikelilingi warna hijau
hijau yang amat menenagkan aku

wahai pokok,
adakah kehidupan kau sama seperti aku
ya Allah,
sungguh indahnya ciptaanMu.

kehidupan ini saling memerlukan,
aku tak mampu untuk hidup sendiri
aku memerlukan kehijauan
aku memerlukan kebiruan
aku memerlukan ketenangan

tetapi cuba fikirkan semula,
ADAKAH kita akan dapat ketenangan kerana itu,
jawapannya adalah TIDAK sama sekali.


DUDUK di atas sejadah
dalam keadaan berWUDHU'
menghadap KIBLAT
meNADAH tangan
BACA AlQuran
FAHAMI maksudnya.
          & niat IKHLAS

*jagalah ini, in sha ALLAH, hati akan tenang walauapapun yang berlaku.

ya ALLAH, bila aku solat
aku terasa bagai ada cahaya yang menerangi hidupku
apakah itu ya ALLAH
ketenangan yang kurasai sungguh berbeza dari sebelum ini
ya ALLAH, alhamdulillah,
aku bersyukir masih diberi peluang untuk terus menjadi hamba. khalifah dan daie' di muka bumiMu ini ya ALLAH. tidak terkata rasanya. sungguh indah kehidupan yang kau berikan pada kami semua.
inilah cahaya yang menerangi kehidupan kami.  lihat gambar seterusnya, agak-agak apakah maksudnya?
*fikir-fikirkanlah, anda akan mendapat jawapannya ^_^



semoga ALLAH redha di setiap langkah kita berjalan di muka bumi ini. in sha ALLAH.
                ingatlah BAHAWA
" LIFE IS ALLAH'S GIFT TO US AND HOW WE LIVE OUR LIFE IS OUR GIFT TO ALLAH"

kalau benarlah kita sayangkan DIA yang menjadikan kita, jagalah 3 perkara ini :
* Wudhu'
* Solat
* Niat

walau kita lelah macam mana sekalipun, kita sakit macam mana sekalipun, DIA lah yang sentiasa menamani kita sehingga akhir nyawa kita. WALLAHUA'LAM. :')
saya akhiri entri saya in sha ALLAH, semoga Allah memberi peluang kepada saya untuk terus menjadi HAKADA. amiiin Allahumma amiin :')
                                                                                                                                             Salam 'Alaik.

Friday 30 November 2012

Kenangan Kinabalu :')

Ya Allah, syukran 'ala kulli hal. farikha bersyukur sangat2 dapat merasai semua ini walaupun sebenarnya sangat sakit untuk laluinya :')

okay, ini adalah entry pertama di kinabalu, gambar2 kenangan memorita saya di Kota Kinabalu Sabah :D


okay ini adalah view yang sangat2 awesome semasa berjalan mendaki ke laban rata rest house :)
subhanALLAH view ni hanya dapat lihat sekejap sahaja. :') tapi syukran ya Allah. okay next is
okay ini adalah Nur Farikha binti Mohd Akhbar :D and our tourists. cool !!! 4095.2 m :D alhamdulillah.

okay this is my friend >> Faisal Duke. and kinabalu mountain was his first mountain, hahahaa, alhamdulillah. semuanya sgt indah bermula dr starting pendakian. and now i'm back for wall climbing :D alleeyyzzzz..
Haziq Hagir, dan Faisal adalah jemputan dr MMU Melaka. thank you for joining us :D

and nowwww our  RECCERS president and our captain :D

thank youu captain and our YDP. 

our GHALIk :D thank youuu for joining us, and yeah u didi it well, CONGRATULATIONS!!!1

this is view from puncak, subhanALLAH :') 

our photographer, Adnan Azmi :) thank youuu. without u, we r not here :D

on our way to Pulau Manukan :D

yeay! we r here :D

hahaa, nampak tak kegilaan RECCERS uitm Melaka Family, :')

thank you also to Encik Yunos for joining us :D and tak lupa jugak kepada our lecturer Tuan Haji >>>

and nowwww ONE BORNEO ^_^

its all about MCd ice cream :D oh rindunyeee kenangan semua ni.
kegilaan terus bersambung :D >>>>
kak Syirin blurrrr :P
muka wan yanggg :P hahaaha and alsoo nan >>>
hahaaa, muka Farikha yg tergila-gila ice cream mcd . : D
we r model of kereta =D hahaa



ke mana je kami pergi, gambar tak boleh kalau tak ada. :)






thank youu to abg ayien and his wife anddd our IRFAn :)



our captain and ketua projek. thank youuuu so much :D




inilah die KAMI RECCERS uitm melaka :D
alhamdulillah




Saturday 20 October 2012

I'm back to update :D

Bismillahirrahmanirrahim :)
Ya Allah, Miss this damn much, I always trying to blogging at UITM, but I can't make it, n now, hye :D I'm back to write :) Alhamdulillah.

For about 4 months, I left these, rinduu. Nak baca cerita Yasmin :) Mija, zurin, feya, n others. Long time no see all my friends at Smk BBB! How I miss this, ;')

First thing is :: huhuhu, everything's went well , I thank HIM for all the experience that I've been through. Worth it, seriously worth it, how tough it is, but alhamdulillah, it taught me a lot, :) I am growing up now, can't wait for my 18 years old !!!! May Allah bless us ;)

UITM Alor Gajah Melaka, wowowow~ I learned this words from someone, who he/she is everything now in my life. This is learning stage for beginners, n this is my turning point for who am I, next 5 years. I can't wait for it, 6 years, :') probably :) 

Before this, PEPIaS, n now is INSAN. :) n RECCERS, kelab rekreasi at UITM Alor Gajah Melaka, kayaking, hiking, n so on, I love it, :) but in whatever condition it is, PEPIAS is always in my heart. Till next time :) 

N now, GUnung Kinabalu AGAIN, alhamdulillah rezeki, tenangkan hati, rindu untuk tgk keindahan Allah di atas sana, sesungguhnya, itu sgt indah Dalam hidup farikha, 1st November-7th November. One week,. Ya Allah, I wish I was there now. :')

Will update next, in sha Allah. :) 

Lots of love, Farikha Akhbar ^_^

Wednesday 25 April 2012

Life is unexpected :')

Kehidupan ni kita tak boleh sangka, macam-macam yang telah terjadi sepanjang kehidupan Farikha, Farikha sendiri tidak pernah sedar akan semua ni, sesungguhnya rancangan ALLAH itu sangat indah, sangat sangat indah. Pernah kan kita sangka kita akan bertemu rakan yang menyayangi kita sepenuh jiwa dia. Pernahkah kita terfikir kehidupan yg selama ini indah, semuanya akan menjadi kucar-kacir, pernahkah kita berfikir semua yg dirancang tidak akan menjadi kenyataan, itulah kehidupan, jikalau terlalu merancang, hati kita akan sakit sekiranya rancangan itu tidak berjaya. ALLAH sudah pasti akan selitkan ujian di dalam setiap kehidupan manusia. Macam mana kita tackle masalah itu, depends pada diri masing-masing. Bagi Farikha, walau apapun yg terjadi, stay calm, lapangkan hati, ikhlas kan semuanya dan senyum :) ALLAH doesnt gives us what we want, but ye gives us what we need, :') sungguh sayang nya ALLAH pada kita. Pernahkah kita berfikir, selama ini kita hidup bahagia sangat, kita hidup ada mak, kita hidup ada ayah, kita hidup ada adik-beradik yang lain. Adakah kebahagiaan itu akan kekal selamanya? Hanya ALLAH sahaja yang tahu semua itu. TIKA kita dihadapi dengan ujian drNYA, hati kita sayu sangat, terasa dunia ini ditenggelami air yg penuh, kita bagaikan hidup nyawa-nyawa ikan. Saat itukah baru kita ingin mencari ALLAH, saat itukah baru kita ingin memohon ampun dari ALLAH. Ya ALLAH, betapa aku rasa hinanya diri ku ini, betapa aku rasa malunya aku untuk bersujud mohon ampun padamu ya ALLAH, kenapa saat ku gembira, tidak ada yg aku ngadukan padamu, tidak ada satu berita pon aku sampaikan padamu, siapa aku ini ya ALLAH, aku tidak sebaik mana ya ALLAH, tp aku akan tetap berusaha untuk jd insan yg terbaik, menjadi seorang hamba MU yg sentiasa mengingatimu ya ALLAH, menjadi seorang khalifah yg dapat membimbing diriku, dan muslimin dan muslimat dibuka bumi MU ini ya ALLAH. InsyaALLAH, jika aku diberi kekuatan aku ingin menjadi daie' di dunia yg sementara ini ya ALLAH. Aku mohon padamu, agar diberi imam yg dtg dari pilihanmu ya ALLAH, agar terus dapat membimbing ku ke syurga jannahmu :') Air mata terus membasahi pipi, kenapa ? Apa yg aku rasai sebenarnya dalam hati ini? Apa yang aku fikirkan selama ini? Apa yg terbuku dalam jiwa ku ini? Kenapa tidak mahu diluahkan? Kerana aku tahu, hanya padamu tempat aku meluahkan segalanya, akan terbitlah rasa ketenangan itu dalam hati dan jiwa ku. Aku yakin ya ALLAH. Kerana itu la aku selalu diam, aku tidak mampu meluahkan pada sesiapa. Mungkin dengan hobby ku untuk menulis ini, dapat memberi aku kesedaran, memberi aku keyakinan untuk terus menjadi hamba, khalifah dan daie' . Amiiin ALLAHumma Amiiin. Aku serahkan segalanya padamu ya ALLAH, aku ikhlas ya ALLAH. PEPIAS telah mengajar aku banyak perkara, terima kasih ya ALLAH kerana engkau telah memberi aku peluang untuk bertemu rakan-rakan yg baik, yg saling membimbing diri antara satu sama lain ke arah mendekati MU, menyelami ilmuMU, dan terus istiqamah melaksanakan 'ibadahmu. Syukur ke hadrat Ilahi atas semua ini, semoga dengan program-program PEPIAS ini dapat terus membimbing aku ke arahmu, dan dapat membantu adik-adik generasi akan datang menjadi insan yang berguna pada agamaMU. YaALLAH, cita-citaku untuk menjadi dr.pakar motivasi satu hari kelak setelah aku mencari pengalaman yg secukupnya, dan ya ALLAH, jangan lah ENGKAU pesongkan hati kami ini setelah ENGKAU memberi hidayah pada kami ya ALLAH. Inilah starting point aku, aku akan terus berusaha, dan dengan izinNYA, insyaALLAH, siapa lagi yg akan membimbing generasi-generasi akan datang, , itula yg sentiasa bermain di minda ku, T_T Aku yakin ENGKAU akan tetap berikan yg terbaik untuk kami, semoga segala amal kami diterima :') Hidup ibarat sungai yg mengalir , jangan terlalu difikirkan masalah yg datang, Jgn terlalu difikirkan apa yg akan berlaku pada keesokan hari, ingatlah semua itu sudah dirancang olehNYA, redhakan lah setiap apa yang berlaku ini. Jikalau sepanjang aliran sungai itu ada kayu balak, apa yang patut kita lakukan, adakah kita akan mendiamkan diri, membatu di hadapan kayu balak itu, sudah tentunya TIDAK! Kita akan berusaha untuk menolak kayu itu kan? Sama jugalah dengan kehidupan ini, ALLAH memberikan kita ujian kerana apa? Kerana ALLAH ingin memberi kita tarbiyyah, supaya kita terus belajar mengenal erti kehidupan, dari situlah kita akan matang dalam kehidupan ini, Insyaallah apa yang mendatang selepas itu, kita dapat hadapinya dengan lebih tenang. InsyaALLAH, peganglah pegangan kita pada ALLAH, Jgn pernah lepaskan tali yg sudah cukup indah ini, tiada kata yg dapat kuucap 'cukuplah hanya ALLAH Bagiku, tiada tuhan selainNYA' 7/5 akan bermulalah kehidupanku di dunia baru, ya ALLAH, kuatkan aku, lindungi aku, biarkan aku terus bersamaMU, jangan jauhkan Aku dariMU, aku tidak sanggup hilangMU ya ALLAH, May ALLAH ease everything :') trust HIM. Akan ada yg terbaik untuk kita semua :) 12/5-16/5 :: Trip to Gunung Kinabalu, ya ALLAH, selamatkan lah perjalanan kami semua, this is my journey, wheheeeee the journey begins, i cant wait for That moment. My dreams will come true, insyaALLAH, :') Masalah jangan difikirkan sangat, ada jalan bg setiap masalah, Jgn biarkan ia terkumpul di kepala, tertanam di dalam hati, parah jadinya, seksa hati kita ini, jikalau tidak mahu cerita pada sesiapa, sujudlah padaNYA, yakinlah DIA akan membantu kita, akan memberi jalan pada kita, insyaALLAH, akan terbentang luaslah solusinya. SABAR dengan ujianNYA, kuatkan hati tu, jangan pasrah sebelum berperang, perang dulu, tawakal, yakin pada DIA, sudah tentu akan ada kemenangan, sama ada lambat atau cepat, kita ikhlas kan diri kita ye ^_^ insyaALLAH, segalanya akan dipermudahkan. :)

Tuesday 17 April 2012

Siapa aku :')

SIAPA AKU SEBENARNYA Aku serahkan segalanya pada yg maha ESA, dia lebih mengetahui segalanya, jagalah hati kami semua ya ALLAH :') Aku sentiasa mencuba untuk melakukan banyak perkara. Kerana aku tahu, dgn semua itulah aku dapat melupakan kisah kehidupanku. Betapa pedihnya hati ini bila orang berkata macam2 , melontarkan kata2 kesat. Iya, memang benar salah aku, tp sudah berapa kali aku tekankan CARA teguran itu kenelah betul, CARA yg baik, untuk mengubah sikap semua orang memang susah, semoga ALLAH lembutkan hatinya. Walau apapun kita perlu menghormati semua pihak, masing2 ada kelemahan dan kelebihan, terima lah semua itu dgn hati yg ikhlas. Kita tidak perlu menjadi insan lain untuk jd yg terbaik. Cukuplah hanya sekadar mengubah kelemahan diri kearah yg lebih baik, ke arah yg diredhainya, jgnlah kita ingin berubah, kita berubah menjadi org lain. Be who we wanna be, BUT dont change it. Our personality :) Aku menulis sebuah buah puisi, yg banyak mengisahkan kehidupan seseorang. Ya ALLAH, berikan aku kekuatan untuk aku terus menulis dan menulis yg diberkahimu ya ALLAH, masih belum selesai, dan aku juga tidak tahu untuk publisiti dijana, masih dalam pencairan, apa yg penting buku itu masih banyak lg yg perlu diupdate, kawan-kawan, jangan lupa Follow ye :D insyaALLAH. Manfaatnya kita akan kongsi kan bersama. Kehidupan ini perlukan perkongsian, orang kata kan, 'sharing is caring' bila kita dapat share sesuatu dgn org, perkara itu bermanfaat tau, semoga jalanmu ALLAH akn permudahkan ^_^ Masih banyak yg perlu aku pelajari, terlalu banyak kekurangan dalam diri, untuk menjadi orang yg hebat, kita kene outstanding, jgn duduk di bawah satu dahan sahaja, ikhtiar la dgn cara lain. Kertas yg kosong itu tidak akan tercorot apa2 di atasnya jikalau bukan kita yg mencoretnya :)

Friday 13 April 2012

Ketenangan hati ^_^

Hati yang tenang datang darinya :) Hati yang resah juga sama :) tapiiiiiii, mesti ada sebab kan --" ALLAH telah memberikan kita jalan yang terbaik dalam hidup ini. Creditttttt too ISLAM :D alhamdulillah, dgn hati yg resah kita, sentiasa diberi jalan ikhtiar olehNYA. ISLAM IS THE WAY OF LIFE ^_^ Saatku gentar, ENGKAU ada bersamaku, Saatku ragu, ENGKAU ada menemani hati ku, Saatku resah, ENGKAU ada menenangkan ku, Ya ALLAH, aku tidak mahu jauh darimu, walau sesaat :') Semua orang inginkan ini kan? :) tetapiiiiiii!!! Adakah kita usaha untuk kearah itu, adakah kita istiqamah melaksanakannya?? Tepuk dada, tanya hati, tanya diri, apakah jawapannya? :) Sentiasa UPDATE diri, untuk tingkatkan keimanan dalam diri, Sentiasa FOLLOW amalan yang baik berasaskan ALQURAN dan assunnah, Sentiasa COMMENT dalam hati, apakah kekurangan diri, di manakah kesilapan aku, kemanakah aku berjalan, ADAKAH, itu semua perjalanan yg baik untuk kita. ADAKAH, itu semua jalan yg diredhai nya ? Kene sentiasa back to HOME untuk check status kita di mana ? :) Dan UPDATE blk keimanan diri kita ^_^ Insyaallah :) jikalau kita ingin berubah ke arah kebaikan , mesti ALLAH tolong ^_^ tp, kene lah usaha :) ujian akan sentiasa diselitkan dalam kehidupan orang yg ingin berubah, kita kene kuat!!! Mesti pandai tackle masalah :) dan sentiasa ikhlas kan diri dalam apa jua keadaan :) YAKIN dgnNYA, ALLAH akan sentiasa dgn kita, sentiasa bersangka baik dgnNYA ^_^ Ketenangan itu sudah pasti kita akan rasai jikalau benar haluannya. Jikalau hati tenang, segala urusan juga akan jadi mudah :) Oleh itu, apa-apa pon. Kejarlah ilmuNYA, carilah keredhaanNYA, Dannnnnnnn semoga ALLAH permudahkan segala urusan harian kita, ^_^ Mulakan lah harimu dengan DOA Sempurnakan lah harimu dengan berSOLAT Tenangkan lah hatimu dengan berZIKIR Serikan lah hidupkanmu dengan SENYUMANNNN ^_^

Rindu :')

Rindu ni seringkali kita rasa, ye Mmg betul, Tp Tidak boleh berlebihan,
Jikalau kita rindu org yg jauh Dari kita, kita kene bayangkan Saudara Islam kita yg lain yg telah kehilangan orang yang mereka sayang.
Jikalau kita rindukan org yg sudah dipanggil olehNYA, kita kene ingat bahawa, ALLAH telah merancang sesuatu yg terindah untuk kita.
Jikalau kita terlalu rindukan bende yg tidak berfaedah, iaitu duniawi, kita kene renungkan bahawa kehidupan ini adalah satu pengembaraan.
MANUSIA dijadikan olehNYA, sebagai seorang perantau untuk mencari bekalan kehidupan yg kekal abadi selepas ini.
Memang kita tidak akan pernah rasa puas, kerana keseronokan yg dirasai selama ini, akan tetapi sebenarnya keseronokan itu telah membawa kita kepada kelalaian, kealpaan yg teramat sangat. Kita tidak akan pernah sedar akan semua itu,
Oleh itu, janganlah pernah kita jauh dariNYA.

TIKA, ALLAH memberi dugaan kepada kita, ujian yg amat perit yg terpaksa kita hadapi,
INGATLAH, sesungguhnya, DIA amat merindui kita, merindui rintihan hati kita, merindui tangisan air mata kita padaNYA.

ALLAH tidak memberi apa yang kita inginkan, kita menangis, kita rasa kecewa sangat, kita rasa pedih sangat sewaktu itu, TAPI, KENAPA ?????? Pernahkah kita berfikir sebenarnya, ALLAH ITU AMAT MENYAYANGI KITA, DIA sedang melindungi kita, menjaga kita, tidak mahu kita terleka kerana keduniaan semata-mata. HE knows EVERYTHING, every single thing in our life :')
ALLAH doesn't gives us what we WANT, but he gives us what we NEED.

Yes, it is really trueeee. ALLAH Tidak mahu hamba yg dikasihi nya jauh darinya, leka dgn keseronokan dunia, setiap apa yg berlaku dalam kehidupan ini, dgn izin nya, itu adalah yg TERRRRRBAIK darinya, oleh itu, jagalah dgn sebaik-baiknya.

Ukhuwwah sebuah keluarga harus dijaga, kerana ALLAH memberikan kita Ukhuwwah itu bukan tanpa sebab, ALLAH tau itu yg terbaik untuk kita, kasih sayang yang mengalir dalam hati kita, antara sebuah keluarga itu tidak akan dapat dirasai oleh sesiapa melainkan diri kita, Yeah :) belajar untuk hargai ikatan itu, kerana hanya keluarga yang menyayangi kita dgn penuh keikhlasan yg tidak ada kurangnya. :)

Ukhuwwah dalam sebuah persahabatan juga perlu dijaga, kerana hati ini akan sentiasa kalah dengan nafsu dan godaan syaitan. Perkara yg baik juga boleh jd tidak baik, adakah kita sedar akan apa yg pernah kita lakukan, TIDAK, orang yg melihat kita, yg akan sedar semua itu, oleh itu, jagalah persahabatan itu keranaNYA. Membimbing antara satu sama lain keranaNYA. :)

ALLAH Pertemukan kita antara satu sama lain, bukan sengaja, tp, untuk kita menjadi daie' antara satu sama lain. Kita adalah HAMBA, KHALIFAH, DAIE'. 3 perkara itu perlu diingat, didik lah DIRI untuk terus bersamaNYA, jagalah HATI untuk terus menyayangiNYA. Asuhan HATI untuk terus mencintaiNYA. Ajaran Rasulullah S.A.W terus jadikan pegangan, prinsip kehidupan. Terlalu banyak perkara yg tersurat dan tersirat. Ingatlah, disebalik semua itu ada MAKNANYA. ^_^

Jadikan ALQURAN penemuan diri ^_^

Ukhuwwah sebuah persahabatan

Wednesday 11 April 2012

Starting point ^_^

Asalamualaikum semua ^_^' selamat pagi semua ^_^ Alhamdulillah,
syukran ya ALLAH, kerana masih memberi kami peluang melihat dunia, melihat keluarga, kawan-kawan, dan seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah :') ya ALLAH, dengan kesempatan ini, jangan lah kau pergi dari kami ya ALLAH, bagaimana kita terasa sakitnya bila berjauhan dengan seseorang yg kita sayang, lagi lah akan terasa sakitnya pabila berjauhan denganMU.


Seronok tak terkata apabila aku dapat menjaga atok. Inilah masa yang ada untuk aku bersama-sama dgn nya, meluangkan masa dgn nya, menimba ilmu, menjadikan aku seorang yg lbh matang untuk menjalani kehidupan di hari esok. Apa perasaan kita bila kita dapat melihat org yg kita sayang, sentiasa tersenyum melihat kita. Sungguh aku merasakan kasih sayang atok untuk ku tidak pernah kurang. Aku dapat merasakan kehadiran nenek di rumah ini. Sudah setahun 2 bulan nenek pergi meninggalkan kami, incident yg penuh tragedi, yg sememangnya kami sekeluarga tidak pernah dpt membayangkan. Arwah nenek sangat2 menyayangi aku. Atok dan nenek menjaga aku, mendidik aku sejak dari kecil. Tidak pernah kurang sedikit pon kasih dan sayang mereka untuk ku. Tanpa mereka, aku bukan seperti ini. Alhamdulillah :') aku tau, jikalau aku terus tinggal dengan mamaku dulu, aku adalah seorang yg sosial dgn hiburan. Sejak dr SK ST.MARY dulu, aku akan tentu sangat aktif dalam bidang tarian. TAPI, kuasa ALLAH :) kita tak dapat jangka kan? Aku telah kembali pulang ke pangkuan atok dan arwah nenek :D dan kini, inilah aku, ^_^ NUR FARIKHA BINTI MOHD AKHBAR.

Aku belajar untuk menjadi seorang suri rumah satu hari kelak, penat tau jd suri rumah ni, tp, bila kita dapat melakukan sesuatu itu kerana sayang kita padahnya amat mendalam, kita akan rasa sangat bahagia, aku tak pandai masak, tp kita KENE belajarrrr! Kalau tak sampai bila??? :) aku selalu tlg nenek dulu, alhamdulillah aku tau sikit2 basic. Aku sentiasa cari resepi kat internet, then aku try :D satu je kelemahan yg aku notice :( aku tak pandai otter rasa, garam dan gula secukupnya, lidah org kan lain2. Ada yg kuat garam, tak suka garam banyak sgt, ada yg kuat manis, ada yg tak :( itulah CABARAN MEMASAK ^_^ samalah dengan kehidupan, setiap orang perangainya berbeza-beza :) dan kita kene sentiasa hormat perangai mereka, jikalau ada yg perlu ditegur, tegurlah, tp CARA kene betul :) msg2 ada sensitif nya. Guna lah PSYCHOLOGY concept. Atok mendidik aku selama ni dgn perbuatannya, amalannya hari2. Atok seorang yg diam tp atok buat. Hanya akan menegur bila perlu, dan atok tak suka marah2. Atok seorang yg sangat sangat bertoleransi. Susah untuk jumpa orang seperti atok, tatatertib ya sungguh dijaga, dan aku KINI sentiasa train diri untuk menjadi seorang yg professional. Anggap saja diri ini adalah orang yg berkerjaya :) dan dari situlah,kita akan terdorong untuk terus berjaya di dunia ini dan mengejar keredhaannya. Segala gejala di kiri kanan pon dapat dihindari dengan sebaiknya, itu adalah psycho mindset, dan psycho perbuatan. LIFE NEEDS PSYCHOLOGY ^_^

INTEC / MSU ????????
It is really hard to decide, but if we want to be SUCCESS in Life, we should know WHAT WE WANT IN LIFE. Then we will easily decide something in our heart. The most important is ISTIKHARAH. Do something with his ridha :) ALLAH will gives us hidayah and permudahkan everything. Beware dgn Niat, jgn tersalah Niat. I am very Eager to study abroad. Not local. That is my dream since i was a kids, LONDON IS WAITING FOR ME, ALLAH READS WHAT IS IN MY MIND. I will never give up. SPM result is not EVERYTHING. Who is them wanna stop me to reach my dream,. aku yakin dgn ALLAH. ALLAH KNOWS EVERYTHING. I will try as hard as I can. Until the dreams comes true :') I will never let the opportunity go,.. Yeah I will continue my study at MANAGEMENT SCIENCE UNIVERSITY (MSU) Shah Alam. ' Foundation in technology and engineering. Hye, I am an Engineer wannabe! Huhu, amiin Allahumma amiin ^_^ Foundation for 1 year, will start on 7 May. Then when result is great, I can go to LONDONNNNN :D seriouslyyy, nak pergi sangat belajar kat negara Europe because nak lihat sendiri cara org Islam Disana dgn mata ni sendiri. I want to see the way of DAKWAH by Muslims people there. Nak cari ilmu Allah di Kota London yg penuhhh modern itu. Ye, memang takut culture shock, but BEAR IN MIND if we SET 'hidup Dan mati kita dengan ALLAH' 'Niat kita Kerana ALLAH' Dan 'letakkan segala pergantungan kita kepada ALLAH' insyaAllah :) ALLAH AKAN SENTIASA MENJAGA HATI, ROHANI MALAH FIZIKAL KITA.
Ustazah aku pernah berpesan :) Farikha, Farikha pergi mana je, Jgn risau, yg penting jaga ini ye, pertama, SOLAT 5 WAKTU. kedua, SENTIASA DALAM KEADAAN BERWUDHU'. Ketiga, SENTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMATNYA. Rajin2 lah bangun malam dan berpuasa. Jgn berhenti pergantungan pada ALLAH ^_^. Ustazah, Farikha akan ingat tu Sampai bila2. Selangkah kaki ku melangkah nanti di MSU, aku telah berkata pada diriku, ini adalah perjalanan hidupku, AKU yg akan mencorak segala laluan di dalam perjalanan ini, AMANAH aku sebagai seorang yg mempunyai darah ISLAM, aku akan menjaga dan sentiasa mendidik antara satu sama lain dgn ISLAM WAY OF LIFE. Zurin Kamal insyaAllah, kita akan sama2 belajar di bumi tarbiyah yg sama selepas ini. Hopefully kita akan menjadi lebih matang dalam berfikir, berkawan, ye, mmg benar akan hidup jauh dr mak ayah, dan itulah dugaan anak yg sedang belajar. Dan itu juga punca masalah sosial sekarang. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan itu ye ^_^ ALLAH sedang menjaga hati kita :) oleh itu dye temani kehidupan kita dengan ujian2 nya, ujian kan tarbiyyah untuk kita ^_^ kita perlu iringi dengan kesabaran tau :) letakkan segalanya pada ALLAH dengan penuh rasa YAKIN. :) barulah akan terasa kehidupan ini sangat indah dgn tarbiyyah2 ALLAH. ^_^


Ya ALLAH, aku mohon sekali, jangan lah jauhkan hati kami sesudah engkau memberikan kami hidayahmu ya ALLAH. Satukan lah hati2 kami ini dalam menegakkan agama yg mulia. Untuk terus mendokong syariatmu di alam maya, MAKA ya ALLAH, eratkan lah ikatan yang ada. :')

Cinta :')

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, Jika kau hilangkan agama dalam diri mu, Hilanglah cinta ku padamu , ~ imam nawawi ~ Kehidupan ini perlu ada pegangan, keyakinan dan kesungguhan untuk terus bersamanya mencari keredhaannya. Kita hidup ini adalah sebagai perantau yg ingin mencari bekalan hidup di akhirat kelak. Hati yang mencintai selain dari ALLAH, umpama seperti daun yang dipetik dari dahannya. Saat berada di dahannya, ia hijau kerana pergantungan hayatnya dengan ALLAH sehingga hayatnya dimatikan ALLAH. itulah perlambangan cinta kita pada ALLAH.KEkal hijau dan sentiasa hidup di saat meletakkan cinta hanya pada ALLAH. Tapi ketika masih hidup setelah dipetik tangan-tangan asing, ia akan terus layu dan mati, sudah tiada seri hijaunya lagi. Sudah tidak ada cinta kerana saat ia dipetik tangan-tangan asing itu, saat itu juga terputus hubungan dan hayatnya dengan ALLAH. Tangan-tangan asing itu ibarat cinta manusia. Apabila kita menyerahkan hati pada cinta manusia, cinta itu tidak akan hidup lama. Akan mati, layu dan kering seperti daun yang dipetik. Terus terputus cinta dengan ALLAH. jika kita cintakan diri dia lebih daripada segala-galanya, maka kita akan kecewa saat diri kita ditinggalkannya. Tapi, jika kita meletakkan cinta ALLAH adalah hati dan kita di dunia dan akhirat, maka kita tidak akan rasa hampa, kerana kita yakin dengan janji ALLAH, cinta ALLAH untuk sesiapa yang mencintai ALLAH dan janji ALLAH itu benar tanpa pengkhianatan. Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon kepadaMU untuk mencintaiMU dan mencintai orang yang cinta kepada MU, juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku kearah cinta MU.... Ya ALLAH, jadikanlah kecintaan pada MU itu lebih aku cintai daripada diriku sendiri, juga melebihi kecintaan pada keluargaku serta melebihi kecintaan pada air yang dingin. Amiin Allahumma Amiin. Alhamdulillah ya ALLAH.

Duniaaaa :(

Ya Allah, sesungguhnya hanya engkau sahaja yang tahu apa yang telah terjadi, aku amat takut ya Allah dgn dunia luar kini yg amat melekakannnnn seluruh hambamu ini.


Ya Allah, kenapa kau uji hati kami sejauh ini, kenapa ya Allah, seberat ini engkau uji semua hambamu, kami leka ya Allah, leka yg teramat ya Allah, sesungguhnya engkau melihat apa yg kami lakukan, tidak ada satu pon yg terselindung dari mu ya Allah,


Ampunkan kami ya Allah, bimbing kami ya Allah, bimbing kami ya Allah, aku ingin terus di jalan mu ya Allah, izinkan lah kami ya Allah, Izinkanlah ya Allah. Kami hambamu yg terama lemah ya Allah.



Kenapa jadi begini dengan dunia sekarang ya Allah, selamatkan lah keluargaku, adik2 ku, saudari2 Islam ku, lindungi lah kami, jaga lah kami, aku tidak sanggup melihat darah daging aku tersasar jauh ya Allah, darah Islam yg mengalir dalam tubuh badan kami, kami terlalu ikutkan peredaran zaman sehingga melupakannya ya Allah,

Janganlah kau jauh kan hati kami sesudah engkau memberikan kami hidayah mu,

Tuesday 10 April 2012

Hati ^_^

Hati ini telah diikat setia untuk mendokong syariatmu di alam maya, Maka yaAllah, eratkan lah ikatan yang ada, Semoga segala urusan dipermudahkan olehnya, Amiin Allahumma Amiin :) Apa yang kita fikir bila orang sebut pasal hati, Apa yang kita fikir bila hati kita terasa sesuatu, Adakah hati kita benar2 tulus :) Adakah hati ini tak menipu tuan empunya badan :) Sukar untuk diduga kehidupan yang penuh pancaroba ini, Kenapa kita perlu biarkan diri kita terlaluuuu mengikutkan hati, Pernah tak kita dengar bila kita terlalu ikutkan hati itu 'mati' Itulah pesanan orang2 tua :) Pernahkah kita mengendahkan semua itu, kdg2 ye dan kdg2 tidak, Terserah ikut diri masing2. Kehidupan ini seringkali kita tidak dapat untuk menduga apa2. Walhal hati kita sentiasa inginkan kebahagiaan, kejayaan, dan dari situlah hati ini akan belajar memberontak tatkala sesuatu yang kita inginkan, kita tidak dapat mengecapinya :') itu la kehidupan manusia. Walauapapun yang terjadi, ingatlah bahawasanya Allah itu ada jawapannya, dan Allah tidak pernah jauh dari kita, dia sentiasa bersama-sama kita, untuk terus menjaga dan melindungi kita, lebih2 lagi hati kita ^_^ Sentiasa lah bersangka baik padahnya, kerana setiap apa yang berlaku dalam hidup ini adalah sebaik-baik ketentuannya. Rancangan Allah sangattttt indah, akan kita rasai kemanisan itu suatu hari kelak. InsyaAllah :)

Tuesday 3 April 2012

Credittt to Sanahh today :D

Asalamualaikum ^_^ Thank You for helping Your sis today, pity hasanah cause She feels nak fever, get well soon dear ^_^ And to all my friendsss, alhamdulillah :) I'm back for blogginggg, to Maryam Zakaria, now everyday can update my daily life activities here, I.Allah if ayie Mampu untuk update hari2. :D hopefully banyak bende boleh share together here fi sabilillah, hopefully our friendship will never die till jannah. :') amiin Allahumma amiin, May Allah bless us everyday, n we will go through our daily life with his rahmat, insyaAllah. ^_~