About Me

My photo
How can i leave my best life, one and the only 💕 ... Check my blog out n my gallery at instagram/farikhaakhbar ... 🌹

Friday 13 April 2012

Rindu :')

Rindu ni seringkali kita rasa, ye Mmg betul, Tp Tidak boleh berlebihan,
Jikalau kita rindu org yg jauh Dari kita, kita kene bayangkan Saudara Islam kita yg lain yg telah kehilangan orang yang mereka sayang.
Jikalau kita rindukan org yg sudah dipanggil olehNYA, kita kene ingat bahawa, ALLAH telah merancang sesuatu yg terindah untuk kita.
Jikalau kita terlalu rindukan bende yg tidak berfaedah, iaitu duniawi, kita kene renungkan bahawa kehidupan ini adalah satu pengembaraan.
MANUSIA dijadikan olehNYA, sebagai seorang perantau untuk mencari bekalan kehidupan yg kekal abadi selepas ini.
Memang kita tidak akan pernah rasa puas, kerana keseronokan yg dirasai selama ini, akan tetapi sebenarnya keseronokan itu telah membawa kita kepada kelalaian, kealpaan yg teramat sangat. Kita tidak akan pernah sedar akan semua itu,
Oleh itu, janganlah pernah kita jauh dariNYA.

TIKA, ALLAH memberi dugaan kepada kita, ujian yg amat perit yg terpaksa kita hadapi,
INGATLAH, sesungguhnya, DIA amat merindui kita, merindui rintihan hati kita, merindui tangisan air mata kita padaNYA.

ALLAH tidak memberi apa yang kita inginkan, kita menangis, kita rasa kecewa sangat, kita rasa pedih sangat sewaktu itu, TAPI, KENAPA ?????? Pernahkah kita berfikir sebenarnya, ALLAH ITU AMAT MENYAYANGI KITA, DIA sedang melindungi kita, menjaga kita, tidak mahu kita terleka kerana keduniaan semata-mata. HE knows EVERYTHING, every single thing in our life :')
ALLAH doesn't gives us what we WANT, but he gives us what we NEED.

Yes, it is really trueeee. ALLAH Tidak mahu hamba yg dikasihi nya jauh darinya, leka dgn keseronokan dunia, setiap apa yg berlaku dalam kehidupan ini, dgn izin nya, itu adalah yg TERRRRRBAIK darinya, oleh itu, jagalah dgn sebaik-baiknya.

Ukhuwwah sebuah keluarga harus dijaga, kerana ALLAH memberikan kita Ukhuwwah itu bukan tanpa sebab, ALLAH tau itu yg terbaik untuk kita, kasih sayang yang mengalir dalam hati kita, antara sebuah keluarga itu tidak akan dapat dirasai oleh sesiapa melainkan diri kita, Yeah :) belajar untuk hargai ikatan itu, kerana hanya keluarga yang menyayangi kita dgn penuh keikhlasan yg tidak ada kurangnya. :)

Ukhuwwah dalam sebuah persahabatan juga perlu dijaga, kerana hati ini akan sentiasa kalah dengan nafsu dan godaan syaitan. Perkara yg baik juga boleh jd tidak baik, adakah kita sedar akan apa yg pernah kita lakukan, TIDAK, orang yg melihat kita, yg akan sedar semua itu, oleh itu, jagalah persahabatan itu keranaNYA. Membimbing antara satu sama lain keranaNYA. :)

ALLAH Pertemukan kita antara satu sama lain, bukan sengaja, tp, untuk kita menjadi daie' antara satu sama lain. Kita adalah HAMBA, KHALIFAH, DAIE'. 3 perkara itu perlu diingat, didik lah DIRI untuk terus bersamaNYA, jagalah HATI untuk terus menyayangiNYA. Asuhan HATI untuk terus mencintaiNYA. Ajaran Rasulullah S.A.W terus jadikan pegangan, prinsip kehidupan. Terlalu banyak perkara yg tersurat dan tersirat. Ingatlah, disebalik semua itu ada MAKNANYA. ^_^

Jadikan ALQURAN penemuan diri ^_^

Ukhuwwah sebuah persahabatan

No comments:

Post a Comment